Sunday, May 12, 2013

Zikrullah Penenang Jiwa

Basahilah Lidahmu dengan zikrullah maka hidupmu akan selalu tenang biarpun segunung beban datang melanda.Bukan bermakna kita tiada beban namun setiap bebanan yang dtg akan menjadi mudah jika zikrullah selalu terukir dibibirmu...

Saya ingin berkongsi suatu kisah tentang zikrullah. Ini ialah kisah puteri Rasulullah(Fatimah Azzahra'), ketika mana beliau berkahwin dengan Ali bin Abi Thalib. Beliau menguruskan rumah tangganya dengan memasak, mengisar gandum sehingga menjadi tepung dan seterusnya membuat roti ,sehinggakan tinggal kesan-kesan luka pada tanganya akibat terlalu berat kerja yang dilakukan'maka pada suatu hari beliau datang berjumpa bapanya (Rasulullah S.A.W)dan mengadu apa yang dialami dan meminta diberikan seorang khadam untuk membantunya dirumah dan nabi berkata: "Fatimah adalah sebahagian dariku apa yang dialaminya seperti aku yang mengalaminya" Maka Rasulullah berkata padanya "mahukah kamu jika aku tunjukkan perkara yang lebih baik dari itu ……..ketika kamu mahu tidur bertasbihlah sebanyak 33 kali,bertahmid 33 kali,dan bertakbirlah 33 kali, sesungguhnya zikrullah tersebut lebih baik bagimu dari seorang khadam "apa yang dimaksudkan Rasulullah ialah zikrullah memberimu kekuatan jiwa dan membantumu menanggung segala penderitaan hidup dan Allah akan senantiasa bersamamu.Oleh itu, marilah  kita bangun membina kekuatan dalam diri supaya dapat menempuh cabaran sebagai seorang pelajar dan juga dlm kerjaya..

No comments:

Post a Comment