Setiap hari aku x lari dari melakukan Dosa
Antara Sedar atau tidak
walaupun sekecil zarah,
Aku adalah PENDOSA
Sering merintih didalam Jiwa
Ketenangan yg hadir seringkali direntap
Masih ada sekelumit perasaan
Maha mencengkam didalam Diri
Kerana tidak mampu melakukan yang terbaik..
Aku adalah PENDOSA
sering meminta minta kepada allah
sehingga pernah merasa malu
kepada yang Maha Kuasa
Yaallah aku adalah pendosa
terimalah TAUBATKU....
Aku adalah PENDOSA
didalam diri sringkali bertelagah
Antara dua perasaan
yang aku sendiri tak mengetahui
yaallah,lapangkan dada ini...
Aku adalah PENDOSA
namun aku percaya
diriku tidak sendirian
kerana ada allah disisiku
aku dpt merasakan ketika hati diburu penyesalan
didalam setiap sujud
didalam setiap doa
"YAALLAH AKU ADALAH PENDOSA,
TERIMALAH TAUBATKU YAALLAH
TUNJUKKANLAH JALAN KEBENARAN
PIMPINLAH AKU KEJALANMU YAALLAH
AGAR HIDUPKU LEBIH BERMAKNA"....
PIMPINLAH AKU KEJALANMU YAALLAH
AGAR HIDUPKU LEBIH BERMAKNA"....
Nukilan: Jentayu Merah